Masalah kewangan acap kali menghiasi kamar hidup kita. Sesiapa sahaja memerlukan wang untuk digunakan di zaman ini baik untuk membeli barang, membayar perkhidmatan dan sebagainya. Setiap individu yang menggunakan wang juga pasti akan berdepan dengan masalah berkaitan dengan kewangan seperti kekurangan wang, sukar untuk menyimpan, mudah kehabisan wang dan sebagainya. Berikut saya kongsikan 10 tips dan petua yang mungkin boleh kita sama-sama amalkan. 1. Biasakan diri untuk menyimpan dan mengawal kewangan dalam sebulan secara istiqamah atau berterusan. Memang sukar untuk melatih diri menyimpan duit jika tidak biasa mengamalkannya sebelum ini. Namun hanya dengan menyimpan duit, akan banyak membantu mengurangkan masalah kewangan di masa akan datang. Belajarlah menyimpan secara berkala sama ada setiap bulan, setiap minggu dan sebagainya. Amalkan menyimpan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan pokok anda. Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit juga simpanan itu bukan. 2. Banyakkan me
Blog ini dicipta untuk menyebarkan segala kebaikan dan kebenaran berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain untuk berkongsi dengan anda tentang pelbagai topik kehidupan. Di harapkan ianya dapat menjadi rujukan, motivasi,nasihat dan panduan kepada anda semua untuk berkongsi dengan orang lain pula.Kongsikan kebaikan supaya kita dapat mendapat saham akhirat.."Kongsilah kebaikan walaupun dengan satu ayat"