Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pemeriksaan PUSPAKOM

  Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ialah syarikat pemeriksaan kenderaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah DRB-HICOM. Penubuhannya bertujuan untuk menjalankan proses pemeriksaan kenderaan bagi pihak kerajaan terutamanya melibatkan proses jual beli kenderaan, ubah suai, penggunaan komersial dan persendirian. Carsome menyenaraikan langkah-langkah pemeriksaan PUSPAKOM, jenis pemeriksaan yang ditawarkan, senarai dokumen diperlukan dan soalan-soalan lazim berkaitan sebagai panduan anda. Kredit:  PUSPAKOM Langkah-langkah Pemeriksaan di PUSPAKOM Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda ikuti sekiranya anda ingin melakukan pemeriksaan kenderaan anda di mana-mana cawangan PUSPAKOM di seluruh Malaysia: #1 Kenal Pasti Jenis Pemeriksaan Carsome menyenaraikan jenis pemeriksaan yang dijalankan di PUSPAKOM untuk anda yang mungkin keliru dengan senarai perkhidmatan yang disediakan. Ia juga sebagai panduan anda jika anda ingin memilih pemeriksaan yang sesuai dengan kepe

[Syeikh Ahmad Yasin, Sang Singa Berkerusi Roda]

 [Syeikh Ahmad Yasin, Sang Singa Berkerusi Roda] Sejurus beliau melangkah keluar dari masjid setelah selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, tiga peluru berpandu yang ditembak oleh helikopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. Akibat dari peluru itu, jasadnya hancur. Kerusi roda yang dinaikinya turut musnah. Daging beliau yang bertaburan terpaksa dikutip satu demi satu dan dimasukkan ke dalam plastik. Secara logiknya, siapa yang perlu takut dengan lelaki berkerusi roda yang tidak mampu berdiri apatah lagi berjalan? Melainkan pada sekujur tubuhnya ada kebenaran dan suara perjuangan. 🙂 Sesiapa sahaja yang mencari biodata dan pautan tentang Singa Palestin yang digeruni zionis laknatullah ini, pasti akan dihidangkan dengan beberapa pesanan beliau yang masyhur ketika hayatnya. Dan pesanan ini seharusnya terus hidup di dalam hati para pemuda khususnya mereka yang mengimpikan kemenangan, baik di dunia mahupun di akhirat sana.  Pesanan beliau untuk kita, 1. Wahai anak-anak

SOLAT SUNAT RAWATIB

Apakah solat sunat rawatib? Bagaimana cara mengerjakannya? Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat rawatib secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang. Apa yang terbaik dalam panduan ini: Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai. Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab) Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini...  Isi Kandungan ngenalan Solat Rawatib Niat Solat Sunat Rawatib Solat Sunat SUBUH Niat Solat Sunat Qabliyah Subuh Solat Sunat ZOHOR Niat Solat Sunat Qabliyah Zohor Niat Solat Sunat Ba’diyah Zohor Solat Sunat ASAR Niat Solat Sunat Qabliyah Asar Solat Sunat MAGHRIB Niat Solat Sunat Qabliyah Maghrib Niat Solat Sunat Ba’diyah Maghrib Solat Sunat ISYAK Niat Solat Sunat Qabliyah Isyak Niat Solat Sunat Ba’diyah Isyak Solat Sunat JUMAAT Niat Solat Sunat Qabliyah Jumaat Niat Solat Sunat Ba’diyah Jumaat Masalah Khilaf Berkaitan Solat Sunat Sebelum Jumaat Kelebihan Solat Rawatib Pengenalan S