*ASSALAMUALAIKUM WBT SAHABAT2 DAN WARIS2KU* *APAKAH PERBEZAAN ANTARA* *Maghfirah (مغفرة)* DAN *'Afuww (عفو)?* *Maghfirah*: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa yang dilakukan, tetapi dosa itu masih didaftarkan pada kitab (buku catatan amal) kamu. Maghfirah adalah pengampunan Allah atas dosa kamu tetapi pada Hari Penghakiman itu akan dituliskan pada catatan kamu, Allah akan bertanya kepadamu tetapi Dia tidak akan menghukum kamu kerana itu. *'Afuww*: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa dan menghapusnya dari kitab kamu seolah-olah dosa itu tidak pernah dilakukan. 'Afuww adalah pengampunan Allah atas dosa kamu, ia akan dihapuskan sepenuhnya dari rekod kamu dan Allah tidak akan bertanya kepadamu tentangnya pada Hari Penghakiman. *Inilah sebabnya mengapa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya, "ini adalah Do'a terbaik untuk dimohon pada Lailatul Qadr".* *"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni"* *(اللهم ا
Blog ini dicipta untuk menyebarkan segala kebaikan dan kebenaran berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain untuk berkongsi dengan anda tentang pelbagai topik kehidupan. Di harapkan ianya dapat menjadi rujukan, motivasi,nasihat dan panduan kepada anda semua untuk berkongsi dengan orang lain pula.Kongsikan kebaikan supaya kita dapat mendapat saham akhirat.."Kongsilah kebaikan walaupun dengan satu ayat"