KITA SEBENARNYA BERSAING DENGAN SIAPA?
.
.
.
Kalau berbisnes ni, kadang-kadang kita akan terlalu fikirkan pasal persaingan dengan orang lain sampai kita terlupa.
.
Terlupa apa?
Terlupa yang kita sebenarnya ada kelebihan kita sendiri. Terlupa yang kita sebenarnya tak perlu terikut-ikut sangat dengan orang lain, cuma jadikan mereka sebagai penanda aras saja. Belajar cara atau strategi orang lain, tapi buat cara kita sendiri. Barulah bisnes itu akan lebih berjaya kerana kita bawa identiti kita sendiri untuk membina dan membangunkan bisnes kita tu.
Jika bisnes kita memang dah ada sistem dan ada ramai yang dah berjaya, ikut sahaja sistem tersebut supaya kita boleh berjaya dengan pantas.
Seperti yang disebutkan oleh CEO Mashable ni, Pete Cashmore. Beliau telah bawa dan pimpin satu versi baru dalam komuniti media digital dan bawa nafas baru dalam menyampaikan berita kepada golongan muda zaman sekarang.
Jadi, apa pengajaran kita untuk hari ini? Kita boleh belajar dari pesaing kita, tapi pesaing sebenar adalah diri kita sendiri. Semoga hari kita hari ini lebih baik daripada sebelumnya! ;)
#Revival2017
Comments
Post a Comment