Skip to main content

SOLAT SUNAT RAWATIB

Bagaimana cara mengerjakannya?

Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat rawatib secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.

Apa yang terbaik dalam panduan ini:

Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.

Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)

Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini... 

Pengenalan Solat Sunat Rawatib. 


Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan selepas solat fardu sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.

Solat ini adalah sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan.

Solat sunat ini dituntut ke atas orang Islam yang mukallaf dan dilakukan secara rela hati serta kemahuan sendiri

Apabila dilakukan dijanjikan pahala dan ganjaran oleh Allah S.W.T.

Jika ditinggalkan pula tidak membawa kepada apa-apa dosa.

Sunat Rawatib ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar.

Sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah.

Sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian (munfarid), dan tidak didirikan secara berjemaah.

Solat rawatib juga dikenali dengan nama:

  1. Solat sunat Qabliyyah (solat sunat yang didirikan sebelum solat fardu)
  2. Solat sunat Ba’diyyah (solat sunat yang didirikan selepas solat fardu)

Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sunat muakkad dan sunat bukan muakkad (Ghairu Muakkad)

Sunat muakkad bermaksud sunat yang amat digalakkan untuk diamalkan iaitu:

  1. Dua rakaat sebelum fardu Zohor dan dua rakaat sesudahnya
  2. Dua rakaat sesudah fardu Maghrib
  3. Dua rakaat sesudah fardu Isyak
  4. Dua rakaat sebelum fardu Subuh, tidak ada sunat rawatib sesudahnya.

Sunat bukan muakkad (Ghairu Muakkad) bermaksud kurang sedikit fadilat berbanding sunat muakkad, iaitu:

a rakaat sebelum fardu Zohor dan dua rakaat sesudahnya (selain daripada yang sunat pat rakaat sebelum fardu Asar dengan dua salam, tidak ada sunat rawatib sesudahnya.
  1. Dua rakaat sebelum fardu Maghrib.
  2. Dua rakaat sebelum fardu Isyak.

Niat Solat Sunat Rawatib

Di bawah ini adalah langkah demi langkah untuk mengerjakan solat ini untuk setiap waktu solat fardu:

Solat Sunat SUBUH

Niat Solat Sunat Qabliyah Subuh

Solat rawatib di waktu fardu subuh dikerjakan sesudah azan subuh (sebelum iqamat) sebanyak dua rakaat.

Caranya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Lafaz niatnya:

qabliyyah subuh

  Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.

Tidak ada solat rawatib selepas fardu Subuh.

Solat Sunat ZOHOR

Niat Solat Sunat Qabliyah Zohor

Cara melakukan solat sunat rawatib Qabliyyah di waktu fardu Zohor ialah sesudah azan Zohor dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Zohor yang sunat muakkad dahulu.

Lafaz niatnya adalah:

qabliyyah zohor

  Usolli Sunnataz-Zuhri Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

Kerjakan solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Selepas salam, sekiranya berkeinginan atau masih mempunyai masa (iqamat belum dilaungkan), terus berdiri untuk mengerjakannya dua rakaat sunat rawatib sebelum zohor yang bukan muakkad.

Niat dan cara mengerjakannya adalah sama sebagaimana solat rawatib sebelum Zohor yang muakkad.

Selesai solat sunat, barulah dikerjakan solat fardu Zohor.

Niat Solat Sunat Ba’diyah Zohor

Sesudah selesai solat fardu Zohor dan sesudah bacaan wirid dan doa, kita berdiri lagi untuk mengerjakan solat sunat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Zohor yang sunat muakkad.

Lafaz niatnya:

ba'diyyah zohor

  Usolli Sunnataz-Zuhri Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala  

Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

Cara mengerjakannya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Selepas salam, sekiranya kita mahu menambah amal, bolehlah dikerjakan solat sunat rawatib selepas Zohor yang sunat bukan muakkad.

Niat dan caranya sama seperti solat rawatib selepas Zohor yang sunat muakkad.

Solat Sunat ASAR

Niat Solat Sunat Qabliyah Asar

Cara melakukan sunat rawatib di waktu asar fardu asar ialah sesudah azan asar dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Asar sebanyak dua rakaat.

Lafaz niatnya:

qabliyah Asar

  Usolli Sunnatal ‘Asri Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

Sahaja aku solat sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah Taala

Kerjakanlah solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Selepas salam, sekiranya berkeinginan atau masih mempunyai masa (iqamat belum dilaungkan), terus berdiri untuk mengerjakan sekali lagi sunat rawatib sebelum Asar.

Lafaz niat dan caranya sama sebagaimana sebelumnya.

Tidak ada solat rawatib selepas solat fardu Asar.

Solat Sunat MAGHRIB

Niat Solat Sunat Qabliyah Maghrib

Cara melakukan sunat rawatib di waktu fardu Maghrib ialah sesudah azan Maghrib dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Qabliyyah Maghrib sebanyak dua rakaat.

Lafaz niat:

qabliyyah maghrib

  Usolli Sunnatal Maghribi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.

Kerjakan solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Niat Solat Sunat Ba’diyah Maghrib

Selepas solat fardu Maghrib dan sesudah bacaan wirid dan doa, kerjakan solat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Maghrib.

Caranya sama sebagaimana sunat dua rakaat yang lain.

Lafaz niatnya ialah:

ba'diyyah maghrib

  Usolli Sunnatal Maghribi Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala  

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.

Solat Sunat ISYAK

Niat Solat Sunat Qabliyah Isyak

Cara melakukan solat sunat rawatib di waktu fardu Isyak ialah sesudah azan Isyak dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Qabliyyah Isyak sebanyak dua rakaat.

Lafaz niatnya:

Qobliyyah Isyak

  Usolli Sunnatal Isyak’i Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.

Kerjakanlah solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Niat Solat Sunat Ba’diyah Isyak

Selepas solat fardu Isyak dan sesudah bacaan wirid dan doa, kerjakanlah solat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Isyak.

Caranya sama sebagaimana sunat dua rakaat yang lain.

Lafaznya adalah:

ba'diyyah isyak

  Usolli Sunnatal Isyak’i Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala  

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.

Solat Sunat JUMAAT

Niat Solat Sunat Qabliyah Jumaat

Solat sunat Qabliyah Jumaat boleh dilakukan diantara dua azan, iaitu belum khatib naik ke mimbar untuk memberi khutbah:

 Usolli Sunnatal Jum’ati Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat sunat sebelum Jumaat dua rakaat kerana Allah Taala.

Apabila khatib berkhutbah di atas mimbar, maka ditegah untuk solat kecuali solat sunat tahiyatul masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyatul masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain daripada solat sunat tahiyatul masjid yang tadi.

Niat Solat Sunat Ba’diyah Jumaat

Disunatkan untuk melakukan solat Sunat Ba’diyah selepas selesai Solat Jumaat.

 Usolli Sunnatal Jum’ati Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat sunat selepas Jumaat dua rakaat kerana Allah Taala.

Masalah Khilaf Berkaitan Solat Sunat Sebelum Jumaat

Terdapat beberapa perselisihan pandangan ulama mengenai solat sunat sebelum fardu Jumaat.

Namun secara ringkasnya, solat sunat Qabliyah sebelum fardu Jumaat adalah ada dalam Mazhad Syafie.

Ikuti penerangan oleh Ust Azhar Idrus berkaitan perkara ini:

Kelebihan Solat Rawatib

Solat sunat ini tersingkap banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada ibadat yang lain.

Analogi solat sunat ini seumpama gam yang mampu menampal sesuatu benda yang bocor atau berlubang sehingga kembali menjadi sempurna dan cantik.

Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” 

— Hadis riwayat Tirmizi

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka”

— H.R. Abu Daud & Tirmidzi

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; 

Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” 

— Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” 

— H.R. At-Tabrani

Inilah keajaiban sunat rawatib dan kita seharusnya merebut pahala dan berusaha menggamit cahaya kebaikan daripada-Nya.

Pujuk dan rayu diri dengan meleburkan sikap malas kepada gerak hati yang terdorong untuk mendirikan amalan solat sunat itu.

Marilah sama-sama kita berikhtiar mengajak diri kita, anak-anak dan saudara agar mencintai sunat rawatib.

Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen Anda..

1500


496 COMMENTS
Komen Terbaru 
Aqeef
 1 hari yang lalu

Aslm ustaz…bolehkah solat sunat zohor dilakukan pada pukul 12 tgh hari

Aqeef
Reply to Aqeef
 1 hari yang lalu

Ataupun boleh dilakukan selepas solat fardu subuh

BaruBelajar
 13 hari yang lalu

Asl..ustaz,niat dgn lintasan hati ketika takbiratul ihram utk solat rawatib yg wajib sbg contoh ‘sahaja aku solat sebelum asar’ adakah memadai dan sah @ dibaca penuh dlm hati? Hrp ustaz dpt rungkai madalh ini.

Hussein
 13 hari yang lalu

assalam…. ustaz Doa selepas solat di baca lepas solat fardu atau di baca lepas solat Qbliyah dan badiyah

Hussein
Reply to Muhamad Naim
 12 hari yang lalu

Alhamdulilah… terima kasih ustaz

rohayah mohd
 14 hari yang lalu

saya nak tnya solat badiyah isya 4 rakaat adakah sama cara macm kita solat isya 4 rakaat. cuma niat sahaja berbeza.

Last edited 14 hari yang lalu by rohayah mohd
Syamira
 15 hari yang lalu

Asalamualaikum Ustaz, nak tanya, kalau perempuan yang belum datang haid,tetapi dia nak melaksanakan solat sunat seperti: solat tahajjud, hajat, taubat, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, maka sah tak solat dia? Sebab saya umur 14 tapi belum datang haid lagi, ingin melaksanakan solat sunat dan taubat atas dosa masa kecik² dulu. & Kalau saya nak solat 4 rakaat selepas solat fardhu, macam mana pulak ye? Mohon Ustaz tolong jelaskan kerana saya pendek ilmu 😊 Terima Kasih Ustaz. <3

Syamira
Reply to Muhamad Naim
 9 hari yang lalu

Terima Kasih Ustaz. kalau solat empat rakaat maksudnya nak niat dua kali ke? selepas dua rakaat niat lagi sekali dan solat lagi dua rakaat ? (=4 rakaat)

Syamira
Reply to Muhamad Naim
 3 hari yang lalu

Terima Kasih Sangat-sangat ustaz

Comments

Popular posts from this blog

Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Semua Mata Pelajaran Sekolah Rendah

  Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Semua Matapelajaran Sekolah Rendah Silakan download atau muat turun QR code DSKP semua mata pelajaran untuk simpanan di dalam fail panitia. Setiap mata pelajaran mempunyai QR code yang lengkap daripada tahun 1 sehingga tahun 6 mengikut dskp kssr semakan 2017. 1) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Bahasa Melayu SK 2) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Bahasa Inggeris / English SK 3) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Matematik / Mathematics DLP SK 4) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Sains / Science DLP SK   5) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Bahasa Arab SK 6) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Islam SK 7) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Jasmani (PJ) SK 8) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Kesihatan (PK) SK 9) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Moral SK 10) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Muzik SK 11) Download / Muat Turun QR Code

KITA SEBENARNYA BERSAING DENGAN SIAPA?

KITA SEBENARNYA BERSAING DENGAN SIAPA? . . . Kalau berbisnes ni, kadang-kadang kita akan terlalu fikirkan pasal persaingan dengan orang lain sampai kita terlupa. . Terlupa apa? Terlupa yang kita sebenarnya ada kelebihan kita sendiri. Terlupa yang kita sebenarnya tak perlu terikut-ikut sangat dengan orang lain, cuma jadikan mereka sebagai penanda aras saja. Belajar cara atau strategi orang lain, tapi buat cara kita sendiri. Barulah bisnes itu akan lebih berjaya kerana kita bawa identiti kita sendiri untuk membina dan membangunkan bisnes kita tu. Jika bisnes kita memang dah ada sistem dan ada ramai yang dah berjaya, ikut sahaja sistem tersebut supaya kita boleh berjaya dengan pantas. Seperti yang disebutkan oleh CEO Mashable ni, Pete Cashmore. Beliau telah bawa dan pimpin satu versi baru dalam komuniti media digital dan bawa nafas baru dalam menyampaikan berita kepada golongan muda zaman sekarang. Jadi, apa peng

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pemeriksaan PUSPAKOM

  Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ialah syarikat pemeriksaan kenderaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah DRB-HICOM. Penubuhannya bertujuan untuk menjalankan proses pemeriksaan kenderaan bagi pihak kerajaan terutamanya melibatkan proses jual beli kenderaan, ubah suai, penggunaan komersial dan persendirian. Carsome menyenaraikan langkah-langkah pemeriksaan PUSPAKOM, jenis pemeriksaan yang ditawarkan, senarai dokumen diperlukan dan soalan-soalan lazim berkaitan sebagai panduan anda. Kredit:  PUSPAKOM Langkah-langkah Pemeriksaan di PUSPAKOM Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda ikuti sekiranya anda ingin melakukan pemeriksaan kenderaan anda di mana-mana cawangan PUSPAKOM di seluruh Malaysia: #1 Kenal Pasti Jenis Pemeriksaan Carsome menyenaraikan jenis pemeriksaan yang dijalankan di PUSPAKOM untuk anda yang mungkin keliru dengan senarai perkhidmatan yang disediakan. Ia juga sebagai panduan anda jika anda ingin memilih pemeriksaan yang sesuai dengan kepe