MILIK SIAPAKAH anak-anak itu??
7 ditangkap.
Wajah dan usia mereka persis anak-anak remajaku....
anak-anak didikku.
Anak muda remaja 7 orang itu adalah bayangan sebilangan besar rakan seusia yang 'tiada berempunya'...
Kes selesai. Benarkah?
Anak-anak itu kepunyaan siapa?
Benarkah milik ibu ayah?..
Anak itu keluar tidak pulang ada mereka kisah?
Kepunyaan jiran tetangga?..
Yang sekadar melihat anak-anak itu diracuni jenayah dan dadah?
Hak ahli qariah?..
Yang jika ke surau atau masjid : "Kamu mahu mencuri??" disergah?
Anak-anak itu milik siapa?
NGO?
Yang kerja amalnya membela nasib anak-anak luar negara peringkat antarabangsa?
Parti politik kah?
...Pandangkah pimpinannya kepada mereka walhal diri sibuk merebut takhta dengan sengketa dan hujah?...
Kaunselor? Penceramah motivasi??
Yang menjual pengisian dan kata semangat, berprogram dengan yuran yang tidak murah?...
Anak itu hak siapa?
Kepunyaan para cerdik pandai yang berteori itu ini, suara gemanya berkumandang di bilik dan dewan kuliah?
Atau para asatizah kah?
Yang padat jadual waktunya dengan sesi ceramah dan tazkirah?
Milik siapakah anak ber-7 itu?
PPD? JPN? Kementerian Pendidikan?
..pastinya tidak kerana anak itu keciciran sekolah. Tiada guru, tiada sukatan pelajaran, tiada aktiviti ko-kurikulum, tiada peraturan disiplin yang mendidik dan mencegah...
Anak-anak itu milik siapa sebenarnya?
Tiada tuding jari kerana anak-anak itu miliknya tiada siapa-siapa...
Mereka juga rasa :
......tidak dimilik oleh siapa-siapa...
Mereka dari DUNIA dan ALAM mereka sendiri.
Entah dari hutan mana...
Entah dari planet mana...
Kes selesai......................kah?
.
.
September yang duka. :'(

Comments
Post a Comment