Lapan Surah Yang Di Anjurkan Dibaca Hari Jumaat Antara amalan-amalan sunnah yang dianjurkan oleh para ulama untuk dilakukan pada hari Jumaat adalah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Memanfaatkan nikmat masa yang dilalui pada hari Jumaat dengan membaca Al-Quran, kita akan dapat banyak manfaat dan fadhilat. Disamping itu, Al Quran juga merupakan kurniaan yang terbesar untuk kita. Dari sayyidina Ali bin Abi Tholib memberikan nasihat kepada kita: “Sesiapa yang duduk membaca Al-Quran, nescaya dia akan berdiri darinya dengan tambahan atau kekurangan, iaitu bertambah dalam mendapatkan petunjuk, atau berkurang dalam kesesatan.” Beliau juga memberikan nasihat kepada kita: “ Minta dari Allah swt segala kebaikan dengan mengikuti Al-Quran. Mendekatlah kepada Allah swt dengan mencintai Al-Quran. Janganlah memperalatnya demi mendapatkan sesuatu dari hamba-hamba Allah dengannya. Tiada sesuatu sebaik Al-Quran yang dapat dibawa seseorang ketika menghadapkan diri kepada Allah SWT. “
Blog ini dicipta untuk menyebarkan segala kebaikan dan kebenaran berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain untuk berkongsi dengan anda tentang pelbagai topik kehidupan. Di harapkan ianya dapat menjadi rujukan, motivasi,nasihat dan panduan kepada anda semua untuk berkongsi dengan orang lain pula.Kongsikan kebaikan supaya kita dapat mendapat saham akhirat.."Kongsilah kebaikan walaupun dengan satu ayat"