Skip to main content

Lapan Surah Yang Di Anjurkan Dibaca Hari Jumaat

  • 8surah
Antara amalan-amalan sunnah yang dianjurkan oleh para ulama untuk dilakukan pada hari Jumaat adalah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Memanfaatkan nikmat masa yang dilalui pada hari Jumaat dengan membaca Al-Quran, kita akan dapat banyak manfaat dan fadhilat. Disamping itu, Al Quran juga merupakan kurniaan yang terbesar untuk kita.
Dari sayyidina Ali bin Abi Tholib memberikan nasihat kepada kita: “Sesiapa yang duduk membaca Al-Quran, nescaya dia akan berdiri darinya dengan tambahan atau kekurangan, iaitu bertambah dalam mendapatkan petunjuk, atau berkurang dalam kesesatan.”
Beliau juga memberikan nasihat kepada kita: Minta dari Allah swt segala kebaikan dengan mengikuti Al-Quran. Mendekatlah kepada Allah swt dengan mencintai Al-Quran. Janganlah memperalatnya demi mendapatkan sesuatu dari hamba-hamba Allah dengannya. Tiada sesuatu sebaik Al-Quran yang dapat dibawa seseorang ketika menghadapkan diri kepada Allah SWT. “
Diantara surah-surah dalam Al-Quran yang dianjurkan untuk dibaca khusus pada Malam atau Hari Jumaat :
  • Surah Al-An’am
  • Surah Al-Kahfi
  • Surah Toha
  • Surah Yaasin
  • Surah Ad-Dukhan
  • Surah As-Sajadah
  • Surah Al-Mulk
  • Surah Al-Insan
Antara fadhilat untuk 8 surah diatas ialah :
1. Surah Al An’am
Dikatakan bahawa barangsiapa yang banyak membaca surah Al-An’am pada malam Jumaat atau pada siang hari Jumaat maka Allah swt akan sentiasa
  • Memelihara kualiti agamanya
  • Memperbaiki rezeki untuknya
  • Menjaga kualiti hidupnya selama di dunia mahupun di akhirat kelak.
2. Surah Kahfi
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”.
3. Surah Toha
  • Hatinya terpelihara untuk cenderung mendirikan solat malam.
  • Senang berbuat kebaikan dan suka berkumpul dengan para ulama.
4. Surah Yaasin
  • Allah swt akan mengukuhkan agamanya.
  • Mempermudah keluarkan roh ketika sakaratul maut.
  • Membaca Surah Yasin sama dengan membaca Al-Quran 10 kali.
  • Dapat memberi syafaat bagi pembacanya.
  • Dimudahkan hajatnya.
  • Meringankan seksaan kubur.
  • Menolak kejahatan.
  • Jika sedang ketakutan, Allah akan menghilangkan rasa takutnya itu.
5. Surah Ad Dukhan
Hadis Rasulullah saw pernah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada malam Jumaat atau pada siang harinya, maka Allah swt akan membina sebuah rumah untuknya di syurga.”
6. Surah As Sajdah
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata: “Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar”.
7. Surah Al Mulk
  • Allah akan melimpahkan kebaikan di dunia mahupun di akhirat kelak.
  • Memperbanyak pemilikan untuknya serta menambah keberkatannya.
8. Surah Al Insan
Sabda Rasulullah S.A.W.
“Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan khusyu’), maka balasannya ialah syurga Harir”
  • Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa.
  • Jika ditulis surah ini, kemudian dihapuskan dengan air yang suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah untuk membaca, InsyaAllah, dipermudahkan oleh Allah
  • Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang korban yang disembelih pada hariraya korban dengan menggunakan dakwat atau pen orang-orang alim, kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air. Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala bala dan gangguan jin dan manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Semua Mata Pelajaran Sekolah Rendah

  Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Semua Matapelajaran Sekolah Rendah Silakan download atau muat turun QR code DSKP semua mata pelajaran untuk simpanan di dalam fail panitia. Setiap mata pelajaran mempunyai QR code yang lengkap daripada tahun 1 sehingga tahun 6 mengikut dskp kssr semakan 2017. 1) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Bahasa Melayu SK 2) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Bahasa Inggeris / English SK 3) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Matematik / Mathematics DLP SK 4) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Sains / Science DLP SK   5) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Bahasa Arab SK 6) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Islam SK 7) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Jasmani (PJ) SK 8) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Kesihatan (PK) SK 9) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Moral SK 10) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Muzik SK 11) Download / Muat Turun QR Code

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pemeriksaan PUSPAKOM

  Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ialah syarikat pemeriksaan kenderaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah DRB-HICOM. Penubuhannya bertujuan untuk menjalankan proses pemeriksaan kenderaan bagi pihak kerajaan terutamanya melibatkan proses jual beli kenderaan, ubah suai, penggunaan komersial dan persendirian. Carsome menyenaraikan langkah-langkah pemeriksaan PUSPAKOM, jenis pemeriksaan yang ditawarkan, senarai dokumen diperlukan dan soalan-soalan lazim berkaitan sebagai panduan anda. Kredit:  PUSPAKOM Langkah-langkah Pemeriksaan di PUSPAKOM Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda ikuti sekiranya anda ingin melakukan pemeriksaan kenderaan anda di mana-mana cawangan PUSPAKOM di seluruh Malaysia: #1 Kenal Pasti Jenis Pemeriksaan Carsome menyenaraikan jenis pemeriksaan yang dijalankan di PUSPAKOM untuk anda yang mungkin keliru dengan senarai perkhidmatan yang disediakan. Ia juga sebagai panduan anda jika anda ingin memilih pemeriksaan yang sesuai dengan kepe

KITA SEBENARNYA BERSAING DENGAN SIAPA?

KITA SEBENARNYA BERSAING DENGAN SIAPA? . . . Kalau berbisnes ni, kadang-kadang kita akan terlalu fikirkan pasal persaingan dengan orang lain sampai kita terlupa. . Terlupa apa? Terlupa yang kita sebenarnya ada kelebihan kita sendiri. Terlupa yang kita sebenarnya tak perlu terikut-ikut sangat dengan orang lain, cuma jadikan mereka sebagai penanda aras saja. Belajar cara atau strategi orang lain, tapi buat cara kita sendiri. Barulah bisnes itu akan lebih berjaya kerana kita bawa identiti kita sendiri untuk membina dan membangunkan bisnes kita tu. Jika bisnes kita memang dah ada sistem dan ada ramai yang dah berjaya, ikut sahaja sistem tersebut supaya kita boleh berjaya dengan pantas. Seperti yang disebutkan oleh CEO Mashable ni, Pete Cashmore. Beliau telah bawa dan pimpin satu versi baru dalam komuniti media digital dan bawa nafas baru dalam menyampaikan berita kepada golongan muda zaman sekarang. Jadi, apa peng