Skip to main content

 

[ D A R A H  G E M U R U H  & S E L F  C O N F I D E N C E  ]

Darjah 4 (Tahun 1992)..memang keyakinan diri aku sangat teruk. Walaupun dulu  pernah jadi ketua kelas masa darjah 2. Macam mana agaknya aku boleh terpilih jadi ketua kelas waktu tu …Aku sukar nak bercakap di depan kerana ada darah gemuruh dan sikap malu.Dia punya ketaq memang sampai ke lutut menggigil.

Masa darjah 4, sedang aku belajar di dalam kelas.. tiba-tiba nama aku dipanggil oleh seorang ustaz.Dia panggil aku keluar kelas dan terus ujibakat aku di luar kelas dengan mengikut corus yang dinyanyikan oleh dia. Aku bukanlah mempunyai suara yang lunak sangat tetapi disebabkan aku dapat menggayakan lenggok korus lagu nasyid tersebut aku telah dipilih untuk hadir membuat latihan seterusnya.

 

Aku akur dan tidak terkata apa-apa hanya mengikut sahaja apa arahan ustaz tersebut.Turut terpilih pada waktu tu yang aku ingat adalah Umi dari kelas 4M(kelas budak-budak pandai). Aku kelas 4B kelas tengah2 sikit.Takut jugak nak bergandingan dengan budak2 pandai ni.Rupanya aku dan Umi dipilih menjadi penyanyi utama…Ahhh sudah..kenapa aku..

Berlatih punya berlatih sampai dah ‘perfect’ baru aku tahu yang kami kena buat persembahan di depan orang ramai semasa Majlis Anugerah Cemerlang Akhir Tahun. Aduh memang tetiba la aku jadi seram sejuk kalau nak berdepan dengan orang ramai ni.Tambah pulak nak kena ‘perform’ lagu..

 

Satu bab lagi aku kena cari baju melayu dan sampin.Mana aku nak cari wei…Aku nak dapat baju melayu penuh pun 2 atau 3 tahun sekali. Tu pun kalau ada.Apa lagi dengan sampin.Waktu tu sampin pun aku tak tau apa benda.Aku dah mula pening ..manalah aku nak cari baju melayu ni.Kalau mintak dengan mak aku pun mesti tak dapat nak beli. Biasalah agak susah waktu tu.Makan kat sekolah pun harapkan RMT.

Aku last minute buat keputusan tanpa berfikir panjang dan bagi tau ustaz tu yang  aku nak Tarik diri..Kecewa ustaz tu..jadi yang kena lead lagu tu tinggallah Umi seorang.

 

Masa hari persembahan aku mengendap di tingkap sambil tengok persembahan nasyid dengan rasa menyesal..Best jugak kalau aku yang menyanyi kat atas pentas tu..Tapi apa boleh buat benda dah jadi..nama pun budak-budak lagi fikiran masih belum matang dan masih rasa takut dalam diri tanpa mintak pendapat orang lain.

 

Setahun sudah berlalu aku pun dah naik darjah 5.Masa ni aku comeback bila mana ada pertandingan nasyid antara kelas.Aku volunteer nak lead lagu yang sama.Namun gemuruh berdepan dengan orang ramai tu masih ada.Tapi kali ni aku Berjaya paksa diri untuk perform dengan sebaik mungkin.Alhamdulillah kami kalah sebab ada kesilapan sikit masa menyanyi.(Rujuk gambar di bawah).

Tapi apa-apa pun sekurang-kurangnya aku dah cuba cabar diri dari zon ketakutan dan gemuruh.Rasa lega bila dapat perform walaupun tak sempurna…

“Apa yang aku belajar di sini ..kita kena paksa diri untuk melawan rasa takut kerana kita sebenarnya adalah melawan dengan diri kita sendiri”

 Lagu yang dinyanyikan adalah lagu yang sama sewaktu nak kena buat persembahan di hari anugerah kecermelangan yang lalu...(Kelas 5Kuning 1993)

Bersambung….

 

@mhafizabakar

Comments

Popular posts from this blog

Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Semua Mata Pelajaran Sekolah Rendah

  Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Semua Matapelajaran Sekolah Rendah Silakan download atau muat turun QR code DSKP semua mata pelajaran untuk simpanan di dalam fail panitia. Setiap mata pelajaran mempunyai QR code yang lengkap daripada tahun 1 sehingga tahun 6 mengikut dskp kssr semakan 2017. 1) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Bahasa Melayu SK 2) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Bahasa Inggeris / English SK 3) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Matematik / Mathematics DLP SK 4) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Sains / Science DLP SK   5) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Bahasa Arab SK 6) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Islam SK 7) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Jasmani (PJ) SK 8) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Kesihatan (PK) SK 9) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Moral SK 10) Download / Muat Turun QR Code DSKP 2022 Pendidikan Muzik SK 11) Download / Muat Turun QR Code

KITA SEBENARNYA BERSAING DENGAN SIAPA?

KITA SEBENARNYA BERSAING DENGAN SIAPA? . . . Kalau berbisnes ni, kadang-kadang kita akan terlalu fikirkan pasal persaingan dengan orang lain sampai kita terlupa. . Terlupa apa? Terlupa yang kita sebenarnya ada kelebihan kita sendiri. Terlupa yang kita sebenarnya tak perlu terikut-ikut sangat dengan orang lain, cuma jadikan mereka sebagai penanda aras saja. Belajar cara atau strategi orang lain, tapi buat cara kita sendiri. Barulah bisnes itu akan lebih berjaya kerana kita bawa identiti kita sendiri untuk membina dan membangunkan bisnes kita tu. Jika bisnes kita memang dah ada sistem dan ada ramai yang dah berjaya, ikut sahaja sistem tersebut supaya kita boleh berjaya dengan pantas. Seperti yang disebutkan oleh CEO Mashable ni, Pete Cashmore. Beliau telah bawa dan pimpin satu versi baru dalam komuniti media digital dan bawa nafas baru dalam menyampaikan berita kepada golongan muda zaman sekarang. Jadi, apa peng

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pemeriksaan PUSPAKOM

  Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ialah syarikat pemeriksaan kenderaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah DRB-HICOM. Penubuhannya bertujuan untuk menjalankan proses pemeriksaan kenderaan bagi pihak kerajaan terutamanya melibatkan proses jual beli kenderaan, ubah suai, penggunaan komersial dan persendirian. Carsome menyenaraikan langkah-langkah pemeriksaan PUSPAKOM, jenis pemeriksaan yang ditawarkan, senarai dokumen diperlukan dan soalan-soalan lazim berkaitan sebagai panduan anda. Kredit:  PUSPAKOM Langkah-langkah Pemeriksaan di PUSPAKOM Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda ikuti sekiranya anda ingin melakukan pemeriksaan kenderaan anda di mana-mana cawangan PUSPAKOM di seluruh Malaysia: #1 Kenal Pasti Jenis Pemeriksaan Carsome menyenaraikan jenis pemeriksaan yang dijalankan di PUSPAKOM untuk anda yang mungkin keliru dengan senarai perkhidmatan yang disediakan. Ia juga sebagai panduan anda jika anda ingin memilih pemeriksaan yang sesuai dengan kepe