30 PETUA MELAYU LAMA
.
1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang
berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
• Caranya : sediakan dua biji limau nipis
atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang
berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah
dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan
malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman
ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur
turun.
2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu
kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk
tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau
setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam
dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan
bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher,
punggung dan dada di lumur.
4. UBATI SAKIT DADA
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga
lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan
kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum
setiap pagi sebelum sarapan.
5. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering
mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di
sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti
meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam,
rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda
memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan
dengan menggunakan minyak urut.
6. RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk merasa garam dalam masakan memang
menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk
mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu
tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda
merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.
7. SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di
atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.
8. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat
takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian
yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk
menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya
tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya.
Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu
tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau
hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit,
barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda
kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
9. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka,
ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan
berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah
direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan
air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama
sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali.
Anda akan nampak keberkesanannya.
10. GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi
kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda
terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum
sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena
sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila
hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat
menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi
lebih putih dan berseri.
11. MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah
apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua
ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan
semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air
itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
12. IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt
termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk
mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam
yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.
13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini,
boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di
bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke
bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin
mendapat hasil yang memuaskan.
14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau
arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi
mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk
anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan
penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.
15. HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika anda menghidap sakit darah
tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan
sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah
pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak
sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan
sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar
dan bertawakal.
16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang
air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun
jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam
lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan
ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan
sendirinya.
17. CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam
semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.
18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda nemikmati buah
durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia
akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa
durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya.
Insya-Allah semuanya beres.
19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang
melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya
terkena.
20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan
kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala.
Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam.
Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda
bebas daripadanya.
21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah
boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa
hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak
kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan
sekerap yang boleh.
22. PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun
muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata
kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan
daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul
dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit
beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu
batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya
suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.
23. CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan
jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan
secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau
buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali
sehingga kesannya hilang
.
24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling
pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur
menghijau.
25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka
ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung.
Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu.
Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
26. BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi
yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan
susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi
tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.
(25/1/08 - Ini mlm tadi isteri dah cuba,
bubur bau hangin, so letak daun pisang, bau hilang)
27. UBAT DEMAM MALARIA
Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga
haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria.
Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh
melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.
28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada cara mudah untuk menghilangkan
kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan
tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat
titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan
setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh
anda.
29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda
tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda
tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang
dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya,
cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu.
Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan
cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.
30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh
badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa
serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda
mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut
kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas
api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu.
Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.
Comments
Post a Comment