Dulu uni selalu fikir kenapa rezeki susah
masuk? Tapi sebenarnya bila ikut cara yang betul.. Subhanallah.. Rezeki Allah
itu indah, cukup mudah, sentiasa ada dan sentiasa menanti untuk hambaNya.
Suatu masa dulu income sebulan hanya 4
angka. Nak dapat 4.. Allah susahnya.. Beratnya perjalanan nak dapat.. hujung
bulan confirm angka negatif. Semua pernah lalui kan?
Uni doa dan tanya pada Allah. Bila ikut apa
yang Islam dah suruh. Bukan 4 angka tapi lebih 5 ke 6 angka kita boleh dapat
sebulan. Kadang-kadang tak sampai sebulan. Demi Allah, tak tipu. Macam uni dah
janji sebelum ini. Di bawah ini uni kongsi.
1. BAIKI SOLAT
Nak tak nak, solat kena jaga. Uni tiap kali
uzur. Uni perhatikan kemasukan ke dalam akaun, slow. Tapi bila 1st day boleh
solat... wowwww! Non stop rezeki masuk. Tu kalau uzur atau terdesak. Tapi kalau
sengaja kita tinggal? Sumpah.. mmg susah rezeki masuk. Tak nak terima apa yang
uni kata? Tepuk dada tanya minda. Anda lebih tahu apa yang anda buat. Jaga dan
jagalah solat. Kalau solat dah jaga sebaiknya tapi rezeki slow juga. Cuba Ikut
step ke-2 ni.
2. SEDEKAH
Cuba sedekah "semampu" dan
"seikhlas" anda. Pastikan yang semampu dan seikhlas. Kalau tak ikhlas
nak menunjuk.. haram tak jadi apa! Kalau ikhlas, hasilnya.. wow berganda rezeki
anda. Kalau bukan rezeki duit pun. Rezeki Allah bagi dengan rasa "sentiasa
cukup" dan bahagia. Tapi kalau dah sedekah tak jadi? Cuba step ke-3.
3. JAUHI MAKSIAT
Anda lebih tahu siapa diri anda. Apa yang
anda buat. Untuk yang belum berkahwin jagalah batas pergaulan. Untuk yang sudah
berkahwin, jagalah dan hargai pasangan anda. Sebab sekali kita buat kesilapan.
Pintu rezeki itu tertutup yang rapat. Jangan menipu, jangan berzina, jangan
aniaya orang, jangan curang dan jangan bersentuhan lelaki perempuan. Jika ada..
"taubat" la. Anda lebih tahu diri. Tepuk dada tanya minda. ALLAH maha
pengampun dan maha mengasihani. Dah taubat? Tapi masih lagi susah.. ikut step
ke 4 ini.
4. MERINTIH MERAYU PADA ALLAH
Kadang-kadang kita lupa. Kita tahu minta
dengan Allah. Tapi kita tak bersujud dan tak buat yang wajib. Malukan. Nak
rezeki dariNya tapi tak buat yang Dia nak. Masa anda bersolat, kongsi la
sepenunya apa yang anda rasa dan mahu. Nak jadi jutawan dunia? Minta dgn dia..
nak jadi jutawan akhirat. Minta dgn dia. Jangan malu dan malas. Allah suka dan
sayang anda kalau anda sentiasa minta dan berdoa dengan Dia. Hati anda pun
tenang.
5. YASSIN
Wajib! Sehari sekali habiskan yassin. Tak
sempat baca? Download kat HP.. baca sama-sama.
6. AL-FATIHAH
Setiap pagi dan selepas solat cuba lah
bacakan surah ni, sedekah untuk ibu dan ayah. Tak semestinya yang meninggal,
untuk yang hidup pun boleh.
7. SOLAT DHUHA
Uni dah cuba, minta dengan Allah. Hasilnya
superb!! Pernah kemasukan lebih 5 angka sehari masa uni wat.
Uni pun insan kerdil lagi hina. Masih memperbaiki
diri. Sekadar berkongsi sesama agama. Islam itu indah, islam itu mudah. Rezeki
pasti milik anda kalau betul caranya. Love u ol...
Comments
Post a Comment