📖Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Takde seorang pun yang terlepas. Kat dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut.
📖Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik-beradik perempuannya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat. Begitu juga ibubapanya, walaupun di dunia ni tak jaga ibubapa yang sakit, mak ayah kata dia redho tapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut. Jika ada mertua tapi tidak menjaga hak mertua di akhirat, juga akan dituntut kelak. Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu, kata Ustazah Asma' Harun.
📖Di akhirat, suami pun akan saling menuntut pada isterinya. Anak-anak pun akan saling menuntut pada mak ayahnya. Adik-beradik perempuan akan saling menuntut dengan abangnya. Mertua pun akan saling tuntut menuntut pada menantunya. Kawan-kawan pun akan saling tuntut menuntut pada kawan-kawannya.
📖Kat dunia ni semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun dah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab di akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tak kejutkan suami yang sedang tidur. Kat dunia ni kita nampak kecik je benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut kat isteri.
📖Kat dunia ni jika suami membiarkan isteri-isteri mereka saling umpat mengumpat, bercakap buruk tentang orang lain, tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri akan saling tuntut menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ni mungkin nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun isteri akan tuntut.
📖Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tak melunaskan tanggungjawab sebagai seorang kawan, di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut haknya dari kita.
📖Hidup kita kat dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangan ingat alam maya ni Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walau sekecil-kecil kuman amalan kita akan dihisab.
📖Seorang perempuan beragama Islam yang mendedah aurat jika tiada satu pun kawan-kawannya yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan tu supaya dia menutup aurat dan kawan yang tak tutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawannya yang tak menegurnya.
📖Nampak?
Ini antara hak seorang kawan.
Kita ada ilmu agama tapi kita tak lunaskan haknya sebagai seorang sahabat.
📖Saya ambil contoh paling mudah.
Saya ada 43,444 ribu followers di Facebook. Saya kena tulis dan sebarkan yang baik-baik untuk bacaan orang-orang yang mengikuti saya bukan kerana saya bajet suci atau gerenti masuk syurga tapi saya dalam usaha untuk mendidik diri saya jadi baik dan saya anggap ini adalah satu usaha kecil saya untuk agama.
Kredit to:
Ust Asma Harun

Comments
Post a Comment