Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017
MENGAPA KURMA DI BENCI JIN DAN SETAN DAN MENGAPA NABI SAW MEMAKANNYA DALAM HITUNGAN GANJIL. *INI JAWABAN NYA.* *Sepercik Hikmah* Mengapa kurma dibenci jin dan setan? Serta mengapa Nabi SAW memerintahkan kita, memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari? Dan yang paling baik makan tujuh biji kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah penjelasan atas pertanyaan ini yaitu ternyata kurma membuahkan daya perlindungan tubuh manusia dan membuat perisai dan pelindung untuk tubuh manusia. Amir bin Saad dari ayahnya – berkata: Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: *Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma.* Penelitian sudah tunjjukkan kalau buah kurma miliki manfaat utama. *1.PERTAMA* Kurangi tingkat kolesterol dalam darah dan mencegah kesumbatan disaluran darah. *2.KEDUA* Mencegah cancer usus besar serta mencegah penyakit bawasir dan kurangi bentuk batu kepahitan dan membantu tahap kehamilan serta waktu
MILIK SIAPAKAH anak-anak itu?? 7 ditangkap. Wajah dan usia mereka persis anak-anak remajaku.... anak-anak didikku. Anak muda remaja 7 orang itu adalah bayangan sebilangan besar rakan seusia yang 'tiada berempunya'... Kes selesai. Benarkah? Anak-anak itu kepunyaan siapa? Benarkah milik ibu ayah?.. Anak itu keluar tidak pulang ada mereka kisah? Kepunyaan jiran tetangga?.. Yang sekadar melihat anak-anak itu diracuni jenayah dan dadah? Hak ahli qariah?.. Yang jika ke surau atau masjid : "Kamu mahu mencuri??" disergah? Anak-anak itu milik siapa? NGO? Yang kerja amalnya membela nasib anak-anak luar negara peringkat antarabangsa? Parti politik kah? ...Pandangkah pimpinannya kepada mereka walhal diri sibuk merebut takhta dengan sengketa dan hujah?... Kaunselor? Penceramah motivasi?? Yang menjual pengisian dan kata semangat, berprogram dengan yuran yang tidak murah?... Anak itu hak siapa? Kepunyaan para cerdik pandai yang berteori itu ini, suara gema
TEGURAN ALLAH BUAT RAKYAT MALAYSIA MELALUI ANAK-ANAK SYURGA DARUL QURAN ITTIFAQIYAH HIKMAH besar isu Kebakaran Pusat Pengajian Tahfiz tersebut, MEMBUKA minda masyarakat tentang kepentingan kerjasama antara kerajaan dan orang awam! Saya bekas penuntut madrasah dibeberapa buah Tahfiz, jadi mewakili pljr madrasah anda tahu bagaimana kami 'survival' utk mem'prasarana'kan tempat pengajian sendiri? tidak seperti universiti, kolej penuh dengan kelengkapan mewah dan stabil.. Ada madrasah tu, sampai ternak haiwan peliharaan utk jadikan sumber pendapatan kerana Ibubapa tak mampu bayar yuran anak-anak.. Tanam sayur-sayuran sendiri utk di makan, kacau simen sendiri utk bangunkan bangunan pengajian dan asrama.. Ustaz atau mudir(pengetua) mampu ungkapkan, "demi melihat agama Allah & Al-Quran dipelajari oleh murid-murid tahfiz ini". Anda & kerajaan? Hanya mampu memuji "sedapnya suara 'budak tahfiz' tu imam terawih".. Tapi pernahkah kita tahu

KENAPA REZEKI SUSAH NAK MASUK?

Dulu uni selalu fikir kenapa rezeki susah masuk? Tapi sebenarnya bila ikut cara yang betul.. Subhanallah.. Rezeki Allah itu indah, cukup mudah, sentiasa ada dan sentiasa menanti untuk hambaNya. Suatu masa dulu income sebulan hanya 4 angka. Nak dapat 4.. Allah susahnya.. Beratnya perjalanan nak dapat.. hujung bulan confirm angka negatif. Semua pernah lalui kan? Uni doa dan tanya pada Allah. Bila ikut apa yang Islam dah suruh. Bukan 4 angka tapi lebih 5 ke 6 angka kita boleh dapat sebulan. Kadang-kadang tak sampai sebulan. Demi Allah, tak tipu. Macam uni dah janji sebelum ini. Di bawah ini uni kongsi. 1. BAIKI SOLAT Nak tak nak, solat kena jaga. Uni tiap kali uzur. Uni perhatikan kemasukan ke dalam akaun, slow. Tapi bila 1st day boleh solat... wowwww! Non stop rezeki masuk. Tu kalau uzur atau terdesak. Tapi kalau sengaja kita tinggal? Sumpah.. mmg susah rezeki masuk. Tak nak terima apa yang uni kata? Tepuk dada tanya minda. Anda lebih tahu apa yang anda buat. Jaga dan jagalah so

Isteriku

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya. Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan? Isteri: Saya ingin mengadu kepada tuan perihal suami saya. Syeikh: Apa aduanmu itu?... Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya. Nafkah saya tidak ditunaikan tuan. Makan minum saya tidak diendahkan tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan. *Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, tuan syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya. Syeikh: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung. Isteri: Hah??? Untung?? Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih. Isteri: Saya bernasib malang tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang. Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan? Iste

Pagar Rumah Daripada Pencuru

Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut... , dia nampak air... Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur... atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah... atau dalam bilik mandi... Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini... Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT. .. DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS. .. Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut :: .. Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x) .. Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x) .. Baca Ayatul Qursi ~ (1x) .. Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x) "Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa y

Penawar Penyakit

Assalaamualaikum, Di sini ingin saya berkongsi catatan dari kuliah/Program Minda AlFurqan semalam bertajuk 'Herba dan Kesihatan', yg disampaikan oleh Tn. Hj Che Musa Bin Che Salleh, pemilik Dimaz Industries Sdn Bhd dan juga seorang pengamal perubatan Islam. Saya pohon sahabat2 yg mengikuti kuliah semalam agar membetulkan jika ada kesalahan di dalam catatan ini dan juga dapat menambah apa2 fakta yg tertinggal di sini. Apabila makan, hendaklah mengunyah sekurang2nya 40 kali sebelum menelan makanan tersebut. Air masak / Air panas mati hendaklah diminum sebanyak mungkin sepanjang waktu. Air liur basi (ALB) kita adalah ubat yg sangat mujarab. Amalkan berkumur2 dan minum air kumuran yg bercampur ALB itu apabila bangun pagi setiap hari, sebelum melakukan perkara2 lain. Hendaklah mandi pagi satu jam sebelum terbit matahari, utk kesihatan tubuh badan. Untuk wanita yg berat badannya melebihi 65 KG, elakkan memakan makanan ini:-  -Ikan pari  -ikan bawal hitam

30 PETUA MELAYU LAMA

30 PETUA MELAYU LAMA . 1. MENURUNKAN BERAT BADAN Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. • Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil. 3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi s
[ APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG (Qatrunnada)  ] Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak begitu setia kawan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup berkorban Engkau ingin berjuang, Tapi ingin jadi pemimpin Engkau ingin berjuang, Menjadi pengikut agak segan Engkau ingin berjuang, Tolak ansur engkau tidak amalkan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup menerima cabaran Engkau ingin berjuang, Kesihatan dan kerehatan, Tidak sanggup engkau korbankan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan, Engkau ingin berjuang, Masa tidak sanggup engkau luangkan Engkau ingin berjuang, Karenah isteri tidak kau tahan Engkau ingin berjuang, Rumahtangga lintang-pukang Engkau ingin berjuang, Diri engkau tidak

KITA SEBENARNYA BERSAING DENGAN SIAPA?

KITA SEBENARNYA BERSAING DENGAN SIAPA? . . . Kalau berbisnes ni, kadang-kadang kita akan terlalu fikirkan pasal persaingan dengan orang lain sampai kita terlupa. . Terlupa apa? Terlupa yang kita sebenarnya ada kelebihan kita sendiri. Terlupa yang kita sebenarnya tak perlu terikut-ikut sangat dengan orang lain, cuma jadikan mereka sebagai penanda aras saja. Belajar cara atau strategi orang lain, tapi buat cara kita sendiri. Barulah bisnes itu akan lebih berjaya kerana kita bawa identiti kita sendiri untuk membina dan membangunkan bisnes kita tu. Jika bisnes kita memang dah ada sistem dan ada ramai yang dah berjaya, ikut sahaja sistem tersebut supaya kita boleh berjaya dengan pantas. Seperti yang disebutkan oleh CEO Mashable ni, Pete Cashmore. Beliau telah bawa dan pimpin satu versi baru dalam komuniti media digital dan bawa nafas baru dalam menyampaikan berita kepada golongan muda zaman sekarang. Jadi, apa peng

[GURU DULU BUKANLAH YANG SEKARANG]

[GURU DULU BUKANLAH YANG SEKARANG] Terkejut bila mendengar ada berita seorang guru yang cuba terjun dari tingkat 4 sebuah sekolah di Putrajaya sebelum ini. Namun atas pujukan rakan dan pihak bomba dan penyelamat dia berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk dirujuk. Masalah yang dikesan ialah KEMURUNGAN. Sahabat guru saya yang dikasihi semua. Mengapa ini berlaku? Dahulu pernah terjadi di sekolah tamil di Kelang , guru cuba minum racun akibat tekanan kerja. Mengapa ? Profession yang amat mulia sebagai medium penyampai ilmu kini sudah menjadi satu profession yang berisiko tinggi untuk kemurungan. Ini realiti berdasarkan fakta. Guru kini sudah hilang 'NIKMAT' dan 'GHAIRAH' semasa mengajar. Tidak seperti zaman guru guru kita mengajar kita dahulu. Di bandar-bandar guru-guru kita dihormati oleh masyarakat setempat. Sampai di pasar membeli ikan pun apek cina boleh cakap..CIKGU MAU IKAN APA? PILIH CIKGU..sedangkan tak kenal pun apek tu. Pernah melalui p